KOPERASI USAHAWAN SUNGAI ARA BERHAD
Sejarah Penubuhan

HOME

Sejarah Penubuhan
Lembaga Pengarah
Ahli Anggota Koperasi
Berita Koperasi
Waktu Urusan
Bayaran
Alamat Koperasi
Laman Pilihan

5s.gif

merpati.gif

Hasil perbincangan dengan Cikgu Ismail Pachee, sdr.Zainudin, Mohamed Yamin dan Kamaruddin.Kami mengorak langkah,membuat perjumpaan dengan pegawai JPK, bagaimana nak menubuhkan
koperasi ini, pegawai JPK memberi idea-idea yang baik dan memberi contoh koperasi yang sedia ada.
 
Pada 25-03-2003 Rabu jam 9:30 malam tempat di Balairaya Jalan Tengah Sungai Ara, seramai 27 orang yang hadir pada perjumpaan pertama untuk menubuhkan Koperasi Usahawan Sungai Ara Berhad
KUASA, dalam perjumpaan itu, 12 orang dilantik sebagai Lembaga penaja.
 
Mereka ialah: sdr.Zainudin, MohamedYamin, Kamaruddin, Latif, Abd.Malik, Rahmat,Yaziz, Mohd.Taha, Puan Rosni, Abd Rashid,
Abd Rasid Saad dan Farizal.
 
Lembaga penaja telah bermesyuarat lima kali dan bersetuju mengadakan Mesyuarat Agung dan Perlancaran Koperasi Usahawan Sungai Ara Berhad, yang di rasmikan oleh Puan Jamaliah Bt.Ismail Pegawai JPK Pulau Pinang.
 
Pada 14-09-2003 Ahad jam 10:00 pagi, bertempat di Balairaya Jalan
Tengah Sungai Ara, Mesyuarat telah di adakan.
 
Seramai 10 orang Lembaga Pengarah telah di lantik.
Kehadiran seramai 101 orang.
Semua minit mesyuarat dan laporan khas telah dihantar
kepada pihak JPK, ia dalam proses meluluskan penubuhan
KUASA.Pada 12 Dec 2003 Koperasi telah sah di daftarkan.